Unknown

DOA UNTUK IBU

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah mengandungkan aku 
dengan susah payah.
Ya Allah, Engkau anugerahkan sebesar-besar ganjaran kepadanya kerana telah melahirkan aku.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.
Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan. Mendapat Ilmu yang bermanafaat. Di murahkan rezeki yang halal. Engkau masukkn lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati.
Ya Allah, permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab.
Ya Allah, jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkan mereka dengan kurnia dan nikmat Mu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjuk Mu.

0 Responses

Posting Komentar